Sunday, November 28, 2010

Design Lagi Dan lagi..

Fuh! letih, letih memikirkan banyak benda tertunggak pada hujung-hujung semester 4 ni. Memikirkan banyak benda last minutes. 3d Animation, Projek Penyelidikan dan Web Interaktif, subjek boleh buat aku jadi gila. Arghh!! sebenarnya subjek ni memang seronok.. tapi entah kenapa daya penarik untuk aku explore subjek ni kurang. Mungkin aku terlalu fokus pada dua perkara kesukaan aku, fotografi dan grafik design.. Ewm..terbayang cita-cita masa kecik dulu. Aku bercita-cita menjadi pelukis. Tapi sekarang ada lah sikit-sikit cabang yang sama untuk cita-cita tu iaitu seni dalam gambar.. Ewm dalam banyak2 design yang aku buat, kebanyakannya terjurus pada ala2 komik dan abstrak. Semua ni berpunca dari pengaruh komik sejak aku kecil. Sememangnya sejak dari usia ku 10 tahun aku sudah bergelumang dengan fantasi komik. Aku memang minat dengan pelukis komik dari majalah komik 'Gempak' iaitu Puppeter. Jika pelukis komik antarabangsa aku meminati style lukisan Katsuya Terada dari Jepun. Style yang diorang gunakan amat unik dan ada unsur abstract dan mesej tersembunyi. Kalau korang ada masa nak explore, boleh la gunakan korang punya internet browser tu untuk tengok diorang punya hasil kerja. Kalau korang berminat dengan grafik design, korang boleh cuba buka laman web ni, http://www.newwebpick.com/ untuk sumber inspirasi. Cuma itulah aku dapat berkongsi dengan kalian, dan sesungguhnya kita di dunia takkan pernah berhenti dari belajar sesuatu. Pagi tadi sempat meluangkan masa ke kedai buku, dalam sibuk2 membelek2 terjumpa lah satu sudut grafik design, wow.. memang menjadi idaman buku2 tu semua.. Tapi almaklum lah.. buku2 macam tu bukannya murah..semestinya RM 100 ke atas..arghh.. Ini semua dugaan.. Tapi tak mengapa, sekarang kan zaman internet..Segalanya mudah..Haha. Okey ni aku nak lampirkan hasil karya aku yang tak seberapa untuk korang nilai.. Sebenarnya ni design untuk Assignment Projek Penyelidikan. Aku pilih jenama gitar ESP untuk dipromosikan. Ni antara contohnya yang tak seberapa, korang nilai lah ok? Kalau terlebih terkurang bagi lah pendapat :) Salam~ zZZ

:Yang putih tu tade tagline lagi..nak letak ape eh??





:Karps'

Wednesday, November 24, 2010

Karya Kala Bosan.

Ehem2~ Okey macam biasa, bosan...sampai terfikir, bila lah nak rasa best. Sambil guling2 dekat hamparan karpet halaman rumah, tiba-tiba tergerak hati nak menggodek Adobe Photoshop.. Maka dengan keligatan otak dan sedikit inspirasi, maka terhasillah karya yang aku beri judul 'Batukan Dunia'. Kenapa tajuknya macamtu? Jangan tanya lah.. sebab aku memang suka bagi tajuk karya tanpa sebab. Maka, aku pun serta merta gantikan gambar kat header dengan gambar tu.. Sekali-sekala hias la blog ni dengan coretan warna-warni...kalau memanjang suram pun tak seronok jugak~ Ha! Satu lagi! Mesti ramai yang terfikir, kenapa bila aku buat editing je mesti guna gambar sendiri? Nak gila glamour kah? Publisitikah? Tak la kawan... Jangan negatif sangat.. Tu semua sebenarnya untuk membuktikan bahawa gambar-gambar dan grafik-grafik tu semua hasil kerja tangan aku sendiri..so tayah la nak letak logo '©'..haha padahal (karya tak seberapa pun) ataupun bagi mengelakkan mulut-mulut busuk mengata yang gambar-gambar tu semua ciplak..ambik kat internet. Ok, masa untuk buat assignment. zZZ~

okey ni lah hasilnya pada pagi rabu yang suram:

:Hurm..kumpul idea balik...zZZ



:Karp's

Saturday, November 20, 2010

Jumaat Masihi 2010,11,19

Jumaat datang lagi..minggu yang keberapa aku pun tak tau.. Ewm.. kali ni aku nak post sesuatu yang tak penting pun. Saja menaip kala kesorangan dan kebosanan tahap atasan. Jadi, tak perlu la terlalu formal, hehe. Sedar tak sedar dah pun nak sampai ke penghujung tahun 2010. Wah~ pantas betul masa ber marathon. Tahun depan pada 4 febuari, maka genaplah umur ku mencecah 21. Waah! aku pun tatau kenapa aku tak berapa suka dengan angka puluh-puluh tu. Mungkin sebab pemikiran aku bahawa, makin besar angka tu, maka makin besar la tanggungjawab aku kat dunia ni. Ya, dalam hidup, aku mesti ada sasaran. Tapi masalahnya, apa sasaran aku? Ewmm.. tahun depan ah fikir..(Dah jadi kelaziman~) Rasa-rasa nya tahun 2010 ni lah tahun yang paling biasa dan normal pernah aku lalui..Balik2 pusing2 buat benda yang sama.. maklum laa~ dulu ada ehem2~ taun ni takde.. Ahhh mampus ah. Apa dia buat eh sekarang? Arghhh~ lantak lah~ haha. Ewm, aku rasa nanti post pada hujung bulan 12, aku nak lampirkan gambar dari awal tahun sampai lah ke akhir. Kira macam jalan cerita, siap discription sekali. Nanti korang tengok je la.. Waa macam best je idea ni? Sebab bak macam omputih kata, "a picture worth a thousand words". Sebab tu aku tekadkan diri untuk mendekati ilmu fotografi. Ewm.., bicara pasal fotografi, kenapalah bila aku minat sesuatu benda tu, masa tu lah pulak nak jadi trend.. Argh! aku tak mahu angkara para trendy wankers sekalian ni, aku di cop poser. Ya, tak salah sebenarnya nak ceburi bidang ni, tapi kena lah ada ilmu..jangan diusung je macam bangkai hidup objek tu.. Secara jujurnya, bila aku berjalan kat mana-mana, acap kali jugak bila tengok budak-budak kecik, budak2 sekolah usung kamera dorang, aku terfikir.."wah..zaman aku sekolah dulu jangan harap ah nak pegang kamera mahal macam tu...kaya mak bapak dorang ya.." lalu aku pun blah dengan hati yang tak best. Ah! ini tidak adil. Tapi, seriously aku dah berazam, aku nak carik makan dengan bidang ni. Yang trendy wankers sekalian tu lantak korang la.. Aku harap trend ni cepat-cepat la habis.. Amin~ Tak sanggup aku nak tengok orang letak "_____ photography" kat setiap gambar walhal baru semalam pegang kamera..haha macam-macam la labu~ Okey ah, dah pukul 5:16 am ni. Dah cukup ah aku mengarut sampai sini je.. waarghh~ selamat tinggal dunia zZZZ~






:Are you bored with life? Then throw yourself into some work you believe in with all your heart, live for it, die for it, and you will find happiness that you had thought could never be yours. - Dale Carnegie



:Karp's

Friday, November 19, 2010

Persepsi Abah..

Kawan,sahabat atau rakan. Macam-macam persepsi manusia tentangnya. Cuma kali ni daku mahu berkongsi kisah tentang persepsi abah tentang kawan. Abah, seorang yang misteri buat aku. Tak banyak tentang sejarah hidupnya yang berjaya dikongsi. Entah apa lagi pengalaman bekas tentera itu. Pelik bukan? Seorang anak tidak begitu tahu walau 50% tentang ayahnya? Begitu lah lumrah, jangan menyangka kamu tahu 100% tentang ayah kalian kerana sememangnya mereka sudah semestinya ada kenangan pahit dan tidak mahu anak2 menjadikan kehitaman sebagai panduan hidup. Namun, kerana itu jua, aku tidak pasti adakah ini benar-benar persepsi abah atau tidak. Kerana sekian lama, abah masih misteri..Aku, Amirul Asraf. Semestinya sebagai manusia normal,hidup aku dikelilingi sahabat. Cuma bezanya,ideologi ku tentang pengisiannya. Kawan,adalah keluarga. Tidak pernah jemu dan takkan bisa terpadam. Ya, usia ku banyak dihabiskan dengan kawan-kawan berbanding keluarga. Aku mengaku, pada waktu itu aku lebih mengutamakan sahabat dari keluarga sendiri. Lantaran itu, abah selalu berbicara begini " Nak berkawan tu boleh, tapi ingatlah..kalau ko susah suatu hari nanti, siapa yang nak tolong ko? diri sendiri jugak". Aku memberontak, jiwa aku menidakkan walau pun mulut sering berbicara "Ye lah bah..". Aku tak faham, tak mengerti dengan tempiasan yang cuba disampaikan abah. Ya,usia ku masih mentah mahu berfikir. Mungkin aku terlalu terbawa-bawa dengan kemabukan usia remaja. Namun pada suatu ketika, sering kali pada lewat malam, aku terdengar kisah-kisah oleh abah kepada mak. Dari susur perjalanan hidup di perantauan, usia awal perkahwinan soal nafkah keluarga sehinggalah ke kisah abah ditipu kawan untuk pinjaman bank, kisah abah ditipu majikan iaitu kawannya sendiri, kisah kesusahan abah dan tiada seorang pun kawan yang datang membantu. Mata ku pejam kembali, persetankan dan kembali tidur. Apa pengajarannya? aku masih juga buta. Namun ingatan ku kukuh.. ku simpan ayat demi ayat, bait demi bait tetap tersimpan walau jiwa ku masih bebal tentang dunia... Tamat zaman persekolahan, aku tak pasti ia saat indah atau tidak. Kerana, aku mula merasa kelainannya. Belajarnya sifat kejar-bekejar. Ya kali ini persepsi aku tentang sahabat kian luas, lebih banyak gelak ketawa, gembira dan keseronokan. Namun disini juga aku mula mengenal musuh, dari kalangan kawan. Ia semakin mematangkan. Satu demi satu getaran suara abah terngiang ditelinga. Oh, ini baru permulaan laung hati kecil aku. Aku menolak tepi-tepi.. Ah! negatifnya pemikiran aku..Lalu aku kembali menjadi budak. Hari demi hari tahun demi tahun berlalu, aku mula muak dengan kejelikan sifat "Berkepentingan". Ya... sesungguhnya ia sifat yang kejam wahai sahabat. Getar suara abah kembali terngiang-ngiang.. Ya aku tunduk, aku harus akur... Ini lah pentas terbesar semasa kita hidup. Masin garam dahulu dirasa abah, takkan terlawan dengan ideologi mentah aku.. dua kali aku tertunduk lagi..Akur... kali ini lebih tulus. Ya ia berbisik lagi berbunyi begini, " Nak berkawan tu boleh, tapi ingatlah..kalau ko susah suatu hari nanti, siapa yang nak tolong ko? diri sendiri jugak".. dan aku masih berfikir, adakah ini anugerah kerana aku memahaminya labih awal dari yang lain?? Aku tertarik dengan kalimat ini :

"Untuk berjaya kita perlukan kawan,
untuk lebih berjaya, kita perlukan musuh"





:Satu fakta, dua penipuan yang pertama kita ambil, dua buang kenapa mengeluh? dengar cerita lagi, dah jenuh
berkali-kali komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi mereka pakar fabrikasi, modifikasi di depan senyum, belakang dengki yang cemburu mungkin teman kita sendiri siapa tahu??

-Malique: Kau yang punya





:Aku tidak jual ideologi, aku cuma bercerita.

:Karp's

Sunday, November 14, 2010

Asignment Last Minutes.

Argh!! Bala nestapa datang lagi..Menjelang pengakhiran semester empat,tahun ni,keobsesian aku pada malas menjadi2 (obses atau habit??) Sememangnya kerja last minutes dah menjadi lumrah buat pelajar2 IPT.. (jangan tipu lah kalau tak pernah..) memandangkan masa sekarang begitu rakus berlalu, maka mana2 pelajar yang mabuk dengan kemalasan mula menggerakkan sendi2 yang berkarat semenjak 6 bulan pertama lalu (termasuklah daku,hehe) jadi seperti biasa lah, idea last minutes, gelabah last minutes, dan malas last minutes. Tapi bila difikirkan kembali, kita menjadi hebat apabila menyiapkan 6 , 7 atau 10 tugasan yang susah sekalipun dalam masa satu hari. Wow! satu kebolehan yang luar biasa?? Sebenarnya kita mampu berbuat apa2 sekalipun jika ada kemahuan. Bak pepatah lama "dimana ada kemahuan, di situ ada jalan". Namun alangkah bahagianya jiwa raga jikalau kerja2 bertimbun tu dah disiapkan awal2 lagi. Sekarang jika kalian dapat lihat daku, daku sedang melopong sambil mencangkung memerah idea di depan laptop. (sila gunakan imaginasi anda yang abstrak). Bala bertambah2 bila dijangkiti influenza dan selesema. Oh sesungguhnya kesabaran itu awesome. Jadi berbekalkan semangat untuk mengharung 24 jam terakhir sebelum deadline, fokus,fokusfokus! Yaa perperangan psikologi kian bermula. Haha! Tidur kejap ah..carik idea. Selamat tinggal duniaaaa~ zzZZZ




: Argh!!!! zZZZZ~





:Karp's

Friday, November 12, 2010

Usia Belasan

Mengenang usia belasan tahun, ianya indah dan bergula di hati. Jiwa belasan tahun pada aku mengambarkan dunia sebagai tidak perlu diperdulikan dan tidak memperdulikan apa perspektif dunia tentang kita. Tidak hairanlah pada ketika tu aku tidak segan silu memakai seluar koyak atau berambut serabai.. Jiwa belasan sentiasa memberontak, jiwa belasan juga selalu menidakkan. Namun, memang menjadi lumrah, umur belasan amat manis jika mahu dikenang. Adakalanya secara jujurnya, kita dapat melihat peribadi kita semasa usia itu apabila kita sudah meningkat dewasa. Respon yang kadangkala berbeza sama ada negatif atau positif. Adakalanya ada yang berfikir begini "Apa nak jadi dengan budak2 sekolah tu, pakaian macam haram" atau "Haha teringat masa zaman aku sekolah dulu, macam2 style aku nak ikut". Ada masanya pada usia itu kita mahu menjadi dewasa tanpa memperdulikan persediaan akal. Dan begitu sebaliknya apabila kita meninggkat usia kita mahu menjadi kembali muda tanpa memperdulikan tanggungjawab yang terbeban di bahu. Arus akan kian deras dan roda dunia akan terus berputar. Bagi aku yang silam itu adalah kenangan dan hari esok adalah impian. Namun ingatlah, hari ini adalah sesuatu yang telah pasti. Selamat tinggal pesta usia belasan, masa untuk aku mencari untuk sesuap nasi di usia puluhan..






: Kemarahan anak muda bisa merosakkan orang sekelilingnya
Kemarahan orang dewasa bisa merosakkan orang sekeliling dan dirinya
Kemarahan seorang tua bisa merosakkan dirinya sendiri.



>Karp's
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...