Friday, September 24, 2010

Sungai Gabai Sahabat Handai

Yeah~ setelah tamat percutian syawal akhirnya percutian yang berbaki dihabiskan dengan kepulangan ke Serdang tempat daku menimba ilmu. Sangat gembira bertemu sahabat2 bergelak tawa gembira terpamer di wajah ceria masing2. Brmacam2 kisah, dari cerita ke cerita dikongsi bersama. Akhirnya tiba satu masa keadaan lebih di ceriakan dengan trip ke Sungai Gabai. Walaupun nampak seperti biasa pada kalian namun itulah waktu saat2 daku dapat menenangkan fikiran dan kekusutan. Alhamdulilah tuhan tenangkan jiwa daku berkat doa pada bulan mulia. Lalu terukirlah gelak tawa pada petang itu dengan percikan air sejuk dan tenang dengan kehijauan bumi tuhan. Sesejuk air sungai sesejuk itu jualah tenteram jiwa raga yang membakar dari dalam selama ni. Sahabat2 moga kita bersama untuk sekejap ini lagi. Cool~




:walaupun ada sikit kecederaan masa mandi manda di sana namun kami masih cool~ haha masing2 kena.


>Karp's

Sunday, September 5, 2010

Obsesi pada yang klasik.

Ya sememangnya yang klasik itu merupakan sesuatu yang sangat nostalgik. Istilah klasik tak terhad pada sesuatu jangka masa. Kenangan semalam pun merupakan klasik dalam istilah pemikiran daku. Sesuatu yang lama harus dihargai kerana nilainya jauh lebih baik dari apakah kemungkinan pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, kini banyak kemudahan seperti e-card untuk menghantar ucapan kad raya pada seseorang. Ya dari segi positifnya ia lebih menjimatkan dan kononnya mengikut peredaran zaman. Namun pernahkah terlintas lalu sejenak difikiran kita, kemana perginya e-card2 ini setelah tamat musim perayaan? Sudah semestinya tiada lagi bukan? Dan ucapan-ucapan yang tulus ikhlas itu lenyap begitu sahaja. Jadi daku lebih menyokong penggunaan kad raya. Mungkin ia nampak seperti kuno, namun ia memiliki nilai sentimental yang sangat beharga. Bayangkan, jika dijaga rapi ia boleh dijadikan tatapan bertahun2 lamanya. Mungkin untuk tatapan anak cucu kita? Siapa tahu? Tidak mustahil ikatan silaturrahim akan berkekalan dengan kaedah ini. Teringat zaman kanak2, kad-kad raya sering menjadi perhiasan terlekat pada dinding2 rumah setiap kali berkunjung. Daku bukanlah seseorang yang menolak modenisasi namun, daku adalah seorang pejuang yang mempertahankan perkara2 yang nostalgik dari terus di makan arus kemodenan yang di jerit laung oleh sesetengah pihak yang tak pandai menilai harga sesebuah tradisi. Apa-apa pun selamat bakal menyambut hari raya aidilfitri kepada semua :) Harap2 tradisi bermaafan tak dimamah usia.


:Oh kad raya, bila kau nak kunjung tiba lagi ke rumah ku~






~Karp's

Saturday, September 4, 2010

Syawal di Masihi 1996

Hurm? apa yang istimewa sangat dengan tahun ni? Sudah semestinya kenangan beraya pada zaman kanak-kanak. Waktu ni aku baru berumur 6 tahun dan baru mula mengenal dunia seawal pembelajaran di Tadika Kemas. Masih ingat pada masa ni, suasana kampung yang boleh dikatakan old skool dan rare. Dengan tanah merah menurapi jalan, lampu jalan tiada, berbasikal ke pekan, 'budak bujang' melepak di titi, 'Kentong' sbagai isyarat masuk waktu sembahyang (alat yang berupa kayu dan di ketuk2), Budak2 melepak di surau, (sekarang ni memang payah la nak jumpa budak2 kecik lepak surau~) balik ke surau di terangi obor buatan sendiri,(guna lipatan kain buruk+batang sawit+minyak gas 50sen), main meriam PVC di surau dengan orang2 kampung, main sorok2 di kawasan pokok pisang sebesar pemeluk budak,waktu orang sembahyang raya, 'Baraan' rumah ke rumah..(perarakan orang kampung beraya dari rumah ke rumah dengan group yang ramai), dan semestinya duit raya! Sangat indah saat tu walaupun serba kekurangan. masih teringat waktu sehari sebelum raya, ramai berebut-rebut berlari ke hadapan kaca TV saat pengumuman raya di umumkan. "Dan dengan ini di istiharkan tarikh hari raya aidilfitri jatuh pada esok hari" YEAAA!!! esok raya, ESOK raya!!! masih terngiang lagi di telinga jeritan sepupu-sepupu yang ada di rumah 'Embah Wedok & Embah Lanang' (nenek dan atuk dalam bahasa jawa) sepantas kilat stock mercun dan karbait yang tersimpan setelah sekian lama di kumpulkan bagai nak berperang. Maka terjadilah kemeriahan malam tu dengan bunyi-bunyian mercun dan dentuman meriam dari serata kampung sampailah ke subuh. Pada masa tu juga dalam hati dah berkira-kira berapalah agaknya duit raya dapat di kumpul tahun ni, Rm30? Rm50? (waktu tu jumlah ni pun dah sangat banyak). Namun pada tahun 2010 ni setelah 14 tahun berlalu, semuanya berubah.. aku dapat perhatikan yang masyarakat makin pentingkan diri. Tahun lepas, ada sorang kena tangkap sebab main meriam..alahai manusia yang buat report tu, manusia apa kau ni..kalau nak tenteram jiwa raga tak payah balik kampung...duduk je kat KL..beraya dengan mat indon.. Budak2 kecik pun dah tak macam kami dulu..tak pernah jejak ke surau.. biadap isap rokok depan orang2 tua... kalau lah korang hidup kat zaman aku..dah kena pijak dah dengan orang kampung. Ya sejujurnya makin kita berusia, istilah raya tu hanya bermaksud dengan istilah DUIT. Kalau dulu kita berlari2 mengejar duit raya, sekarang kita lah yang pening kepala mencari duit untuk diri sendiri yang di kejar hutang.Kalau dulu dapur memang meriah macam ada kenduri sebab mak,dengan makcik buat kuih sendiri untuk sambutan raya..Tapi sekarang dah macam jadi trend buat 'kuih tunjuk'(Tunjuk dan bayar).Namun apa salahnya sekali sekala tersenyum mengenang keriangan zaman kanak-kanak dulu kan? Wahai budak2 zaman sekarang, sesungguhnya kamu berada dalam kerugian~ kesian kamu sebab terpaksa hidup dalam golongan yang selfish dan hipokrit...



>Kepada orang2 bandar yang tak reti adat kat kampung, tayah la balik rumah mak bapak korang kat sini... orang nak beraya korang buat report polis hantar orang beraya kat jail sebab bising bunyi meriam.. WTF. berambus lah kalian~





>Karp's

Thursday, September 2, 2010

Hey Si Rambut Aku~

Satu perkara yang paling aku rindu saat ni adalah saat aku berambut panjang~ wee terasa sangat rare ketika berambut panjang. Ramai orang kata aku sesuai berambut itu, berambut ini, berambut sedemikian.. tapi dalam banyak yang orang 'kata2' kan tu aku masih anggap rambut panjang tu macam punca inspirasi. Macam jugak sasterawan negara kita A.samad Said, beliau bela janggut & misai panjang2 bersebab. Sedemikian jugak alkisah rambut ni.. Tapi memandangkan aku fikir umur pun dah tak berapa nak best..so maka terhasillah satu keputusan yang nekad beserta keazaman yang sangat menyakitkan..lalu terkuburlah penantian 2 tahun beserta kesabaran nak bela rambut sepanjang tu~ Haha apa-apa pun kau akan ku abadikan dalam nostalgia romantik wahai rambut panjang. Tapi rambut sekarang pun okay gak ape? Sape peduli? hahaha~

:Ntah bila la nak dapat bela balik..rasa2nya dah tak dapat dah kot?? Aduyai~

>Karp's

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Tinggal Si Sumpah Seranah

Sedar tak sedar dah semakin hampir menemui bulan Syawal. Memang mencabar pada bulan Ramadhan tahun ni bagi aku. Dalam tempoh terdekat ni saja, segala pahit,manis dosa,pahala gembira,sakit hati datang bertandang bagai berebut-rebut. Pastinya hikmah itu ada mencelah di balik2 kejadian. Si sumpah seranah, walaupun lama tak berkunjung pada sebelumnya, ntah kenapa tiba2 beliau muncul sebagai tetamu dalam hati pada bulan mulia ni... arghh~ tapi mujurlah aku masih simpan kesabaran sebagai pain killer. Apa2 pun yang penting biar kebencian orang kita manfaatkan sebagai api yang menyuluh jalan gelap.. kalau aku pun jadi api..maka takkan habis marak yang membakar. haha im cool~ Hey si sumpah seranah, selamat tinggal kawan.. moga kau tak datang cari aku lagi. Harap2 stock pain killer aku masih cukup untuk tempuhi benda2 lain kunjung tak sudah nanti.





P/s: Ku gantikan lagu 'Naratu- Pukimak (Mother Fucker)' dengan 'Dream Theater - stream of consciousness (Arus Kesedaran)'. Ia adalah dua yang berbeza. Cool~



>Kar'ps
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...