Friday, November 19, 2010

Persepsi Abah..

Kawan,sahabat atau rakan. Macam-macam persepsi manusia tentangnya. Cuma kali ni daku mahu berkongsi kisah tentang persepsi abah tentang kawan. Abah, seorang yang misteri buat aku. Tak banyak tentang sejarah hidupnya yang berjaya dikongsi. Entah apa lagi pengalaman bekas tentera itu. Pelik bukan? Seorang anak tidak begitu tahu walau 50% tentang ayahnya? Begitu lah lumrah, jangan menyangka kamu tahu 100% tentang ayah kalian kerana sememangnya mereka sudah semestinya ada kenangan pahit dan tidak mahu anak2 menjadikan kehitaman sebagai panduan hidup. Namun, kerana itu jua, aku tidak pasti adakah ini benar-benar persepsi abah atau tidak. Kerana sekian lama, abah masih misteri..Aku, Amirul Asraf. Semestinya sebagai manusia normal,hidup aku dikelilingi sahabat. Cuma bezanya,ideologi ku tentang pengisiannya. Kawan,adalah keluarga. Tidak pernah jemu dan takkan bisa terpadam. Ya, usia ku banyak dihabiskan dengan kawan-kawan berbanding keluarga. Aku mengaku, pada waktu itu aku lebih mengutamakan sahabat dari keluarga sendiri. Lantaran itu, abah selalu berbicara begini " Nak berkawan tu boleh, tapi ingatlah..kalau ko susah suatu hari nanti, siapa yang nak tolong ko? diri sendiri jugak". Aku memberontak, jiwa aku menidakkan walau pun mulut sering berbicara "Ye lah bah..". Aku tak faham, tak mengerti dengan tempiasan yang cuba disampaikan abah. Ya,usia ku masih mentah mahu berfikir. Mungkin aku terlalu terbawa-bawa dengan kemabukan usia remaja. Namun pada suatu ketika, sering kali pada lewat malam, aku terdengar kisah-kisah oleh abah kepada mak. Dari susur perjalanan hidup di perantauan, usia awal perkahwinan soal nafkah keluarga sehinggalah ke kisah abah ditipu kawan untuk pinjaman bank, kisah abah ditipu majikan iaitu kawannya sendiri, kisah kesusahan abah dan tiada seorang pun kawan yang datang membantu. Mata ku pejam kembali, persetankan dan kembali tidur. Apa pengajarannya? aku masih juga buta. Namun ingatan ku kukuh.. ku simpan ayat demi ayat, bait demi bait tetap tersimpan walau jiwa ku masih bebal tentang dunia... Tamat zaman persekolahan, aku tak pasti ia saat indah atau tidak. Kerana, aku mula merasa kelainannya. Belajarnya sifat kejar-bekejar. Ya kali ini persepsi aku tentang sahabat kian luas, lebih banyak gelak ketawa, gembira dan keseronokan. Namun disini juga aku mula mengenal musuh, dari kalangan kawan. Ia semakin mematangkan. Satu demi satu getaran suara abah terngiang ditelinga. Oh, ini baru permulaan laung hati kecil aku. Aku menolak tepi-tepi.. Ah! negatifnya pemikiran aku..Lalu aku kembali menjadi budak. Hari demi hari tahun demi tahun berlalu, aku mula muak dengan kejelikan sifat "Berkepentingan". Ya... sesungguhnya ia sifat yang kejam wahai sahabat. Getar suara abah kembali terngiang-ngiang.. Ya aku tunduk, aku harus akur... Ini lah pentas terbesar semasa kita hidup. Masin garam dahulu dirasa abah, takkan terlawan dengan ideologi mentah aku.. dua kali aku tertunduk lagi..Akur... kali ini lebih tulus. Ya ia berbisik lagi berbunyi begini, " Nak berkawan tu boleh, tapi ingatlah..kalau ko susah suatu hari nanti, siapa yang nak tolong ko? diri sendiri jugak".. dan aku masih berfikir, adakah ini anugerah kerana aku memahaminya labih awal dari yang lain?? Aku tertarik dengan kalimat ini :

"Untuk berjaya kita perlukan kawan,
untuk lebih berjaya, kita perlukan musuh"





:Satu fakta, dua penipuan yang pertama kita ambil, dua buang kenapa mengeluh? dengar cerita lagi, dah jenuh
berkali-kali komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi mereka pakar fabrikasi, modifikasi di depan senyum, belakang dengki yang cemburu mungkin teman kita sendiri siapa tahu??

-Malique: Kau yang punya





:Aku tidak jual ideologi, aku cuma bercerita.

:Karp's

4 comments:

Anonymous said...

what a world~

Anonymous said...

ak dulu pn mcm ko gak..kwn lg pntg dr family...tp tu dulu..b4 ak realize yg sume org di sekeliling ak ni hanye brkwan ats sbb trtntu je..da xde ertinye mksud kwn or sahabat ni..
ko igt la kate2 ayh ko tu smpai ble2.jgn kite trlalu baek dgn sesape pn.bruk padahnye...beware wit pople surround u...

Karps's said...

hehe hehehe~

TentangKiki said...

abah saya pun cakap benda yang sama.Tapi bila di fikirkan balik kita yang nak juga berkawan dengan dia jadi kalu sifat dia memang dah macam tu terima lah dia..kenapa mesti bila berkawan kita kena ubah cara dia?. Bukankah baik kita memahami kawan itu dari mengubah cara dia. Saya percaya awak bijak untuk hadapinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...