Sunday, October 24, 2010

Halusinasi Dendam (Puisi Prajudis yang menjadi Amarah)

Halusinasi dendam,

Keramatkah engkau dalam sisipan ketenangan?

Berlari engkau mencari aku kala aku berhalusinasi

tentang damai azali

kejam menggerakkan amarah yang kejang beku

ia tentang bicara palsu, dan ia juga tentang penipu yang tertipu

ternoda dengan benci, tercalit dengan hitam sang dendam

Halusinasi dendam,

Rakus kau memamah logik akal ku

merebus setiap kepercayaan ku

hingga pertimbangan ku serong ke arah mungkar

Prajudis yang menjadi amarah

salah siapa yang cuba memburai kepercayaan?

menjenazahkan kesetiaan?

mengapankan akhlak mulia yang telah lama dibaja,

dengan sifat kanan anugerah tuhan.

Halusinasi dendam,

memorial buat si kejam

memperingati sang silam yang kelam

salam akhir buat hati yang masih berhalusinasi dendam.


:Kalian takkan pernah bisa faham.



>Karp's

Sunday, October 10, 2010

Ego.

Egois, satu virus pembunuh dalam akal yang sihat dan sinonim dengan perkataan bodoh sombong. Selama menjejak kaki di alam duniawai, kita tidak bisa lari dari dirantai sifat ego yang berbayang dalam setiap jejak langkah. Berjalan menongkah usia 20an, pelbagai situsi, dan tingkah laku manusia telah aku hadapi. Namun dalam kebanyakan warna2 ragam itu, aku paling sukar berinteraksi dengan mahluk2 tuhan yang hatinya dipenuhi rasa bongkak dan bangga dengan diri sendiri. Berinteraksi dengan mereka ibarat berbicara dengan sang khalifah berlidah dua bertelinga satu. Berborak lantang sedangkan lidah telah tergigit dek bicara meninggi yang melumur hitam muka sendiri. Mari renungi sabda Rasulullah ini, namun sebelum itu awas saya memperingati kalian, bacalah dengan hati yang terbuka, kerana syaitan ada menghasut di sebelah mu ketika kamu sedang mencari kebenaran dan tertutuplah pintu kebenaran jika engkau terpedaya dan leka dengan kepentingan diri sendiri sehingga menidakkan tentang kata2 orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak..

Janganlah kita salih tuduh menuduh, benci membenci, salinglah menasihati sesama kita.. Jika salah, terima lah seadanya, jangan bongkak menidakkan dan menunding jari sesama sendiri..Ingatlah musuh yang nyata bukan manusia, musuh yang nyata adalah syaitan yang direjam. Membuat kita berpaling dari kebenaran dan tidak menerima teguran..Fikirkan dan positifkan pemikiran~


: “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)





> Karps

Saturday, October 9, 2010

Obsesi Pada Yang Klasik II

Klasik,klasik dan klasik. Sub topik yang tak penah lekang menjadi persoalan dalam minda.Keobsesian daku pada klasik tak tertumpu pada pemakaian atau cara hidup. Ia lebih menular kepada tata tertib pemikiran dan terjemahan dalam gaya hidup seharian.Kadangkala daku sering berfantasi dapat hidup dalam kalangan pemikir, berpuisi, sastera yang indah menjadi bualan. Mungkin pada segelintir kalian menganggap cara hidup ini bosan, dan tidak 'cool' kononnya? Para pemikir tidak memberikan jawapan untuk persoalan dunia, mereka memberi penyelesaian.Bukan daku tidak bersyukur hidup dalam modenisasi, tapi aku lebih bersyukur jika dapat lari dari hipokrasi dalam kemodenan.Seawal usia 10 tahun, pengisian hidup daku telah dimulakan dengan naskah2 buku yang tersusun rapi di rak. Dalam himpunan2 lembaran yang terdapat di situ daku tertarik dengan gaya penulisan dan penyampaian seorang penulis,merangkap pemikir yang bergelar Rejab FI. Himpunan-himpunan cerpen telah dijadikan novel oleh beliau dengan tajuk Dialog Pahlawan menjadi penghias muka hadapan (Dialog Pahlawan:Kuala Lumpur: DBP 1995). Daku tertarik dengan lakaran kisah dan penyampaian jalan cerita yang cuba di sampaikan beliau kebanyakannya tentang manusia,maruah,harga diri dan sifat manusia. Beliau gemar menggunakan penggunaan kata yang mudah difahami namun telus. Berbeza dengan sekarang,kebanyakan novel2 lebih bekisar tentang matlamat untuk melariskan jualan. Sebagai contoh, karya penulis pada zaman2 80 dan 90an lebih tertumpu kepada pengisian dalam sesebuah cerita, ada unsur2 keinsafan,patriotisma dan kecintaan kepada sesuatu yang harus dicintai. Ia ibarat makanan yang sempurna ada garam,gula rasa secukupnya disamping memberi manfaat. Namun para penulis pada era kini lebih gemar fokus kepada apa yang pembaca itu mahu, sanggup menggadaikan bahasa dengan penggunaan bahasa rojak dan adakalanya kasar dan tidak tepat,tiada pengisian dan cuma fantasi duniawi. Ia ibarat makanan segera, sedap dijamah namun membinasakan badan. Dimana lagi kita mampu mencari penaung generasi seorang pemikir dan nasionalis sperti, A. Samad Ismail, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Zaaba, dan pejuang2 yang lain.. Mungkin mereka hidup di zaman yang berbeza namun pemikiran mereka sudah lama dilanda modenisasi. Jauh berbanding kita yang hidup di kegemilangan batu besi namun pemikiran masih dijajah kekoloton ideologi. Salahkah daku dibuai cara yang lama kerana menolak hipokrasi yang ada pada modenisasi? Kalian bisa mentafsir, namun bisakah kalian befikir? Befikirlah, kerana ia cabang dari dahan orang-orang yang mahu mengenal dunia dan menolak kenikmatannya.



:"Janganlah kau saling bekejaran sedangkan ada yang kau cicirkan"



>Karps

Monday, October 4, 2010

Kau, Daku & Kita Adalah Cebisan Puzzle.

Kenyataan apa ni? Apa yang cuba di terjemah oleh aku? Mukadimahnya: kita sering tahu dan telah di dedahkan semenjak kecil untuk berbuat baik sesama kita, sesama masyarakat, kawan-kawan dan sekaliannya. Mudah, konsep ni sangat mudah difahami. Namun setelah meningkat usia, kita mula tahu tentang hipokrasi ada dimana-mana. Tanpa sedar, tembok kemuafakatan kita terhakis. Prajudis sesama sendiri menjadi pegangan.Ada sifat mementingkan diri sebagai contoh,kita kian berfikir, apa gunanya utamakan sahabat? kita pun masih mampu hidup tanpa mereka? Mereka tidak memahami kehendak kita, mereka juga tidak memahami perasaan kita sebagai sahabat. Sudah pasti kalian juga pernah mengalami situasi ini sebagai manusia yang normal. Sudah pasti juga kamu semua juga pernah di kecewakan dan dikhianati sahabat yang kita anggap sebagai keluarga sendiri misalnya.Setiap antara kita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza.Namun terfikir kah kalian bahawa hidup di muka bumi ini ibarat puzzle? setiap penghuninya mewakili secebis puzzle.Cuba kalian imaginasikan dalam fikiran, adakah permainan puzzle ini akan lengkap hanya dengan sekeping sahaja cebisan? Sudah semestinya kita memerlukan cebisan yang lain untuk melengkapkan permainan ini.Jadi, daku ingin membuat kesimpulan disini, kamu, daku, dan kita semua adalah ibarat kepingan tersebut, kita berjalan dan terus hidup di dunia ini adalah ditakdirkan untuk bersama-sama saling melengkapi. Tiada istilah kamu hidup bersendiri di dalam dunia ini semata-mata kamu menemui cebisan yang tidak sepadan dengan kamu.Tiada istilah kamu akan dapat hidup tanpa sesiapa. Kenalilah hidup anda dengan memerhati, bukan dengan berkata-kata. Kerana mata itu jujur, dan lidah pula mampu berbohong..Renung2 kanlah wahai sahabat sekalian. Aku hanya mampu memberi, dan kalian mampu berfikir.




>Berjalanlah di muka bumi dengan hati yang ikhlas tanpa ada sekecil zarah sifat sombong. Pasti alam akan mengajar kamu, apa itu sahabat, apa itu musuh.





>Karp's

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...