Saturday, February 8, 2014

Februari muncul kembali

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa cinta kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di mukaku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidak kan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini.



Wednesday, July 3, 2013

Badai Masa

Terjarah dalam emosi lagi. Isomnia ku makin menggila.
Peluk tubuh dan dongak ke langit.
Dan ini juga tika dan saatnya rindu itu datang.
Bagai pendatang.
Imigrasi caturan hidup.













"Badai Masa Menggila"




Tuesday, July 2, 2013

Topeng Dunia


2 julai 2013. Mata masih merah, kuyu dan bewarna saga. Genap 3 Minggu tanpa kerja. Terasa tertindas
dek aturan ciptaan manusia. Masih lagi legar-legar otak kusut bernanah memakan dari dalam. Orang bisa mabuk dari minuman, namun aku mabuk kerana tidak cukup tiduran. Sebatang rokok di cucuh. Merah pekat bara ini laksana mata aku yang pinar-pinar menahan lelap. Empayar dibina mereka, aku ibarat hamba cuma. Pemikiran ku masih polos masih banyak yang mengkal. Kerana itu juga aku dipermain sang kapitalis. Ah! aku tidak mau menjadi liberalis. Mengiyakan saja apa yang tak terkandung dalam senarai kemahuan ku. Aku sang teraniaya. Notis penggantungan kerja? Bilang saja mau diberhentikan. Cukup ego kononnya tidak pernah memecat pekerja. Sinis dan tragis cara layanan psikologi mereka. Aku sudah cukup lelah dengan permainan emosi ini. Aku harus bangkit bertongkatkan sayap yang sudah terpatah buat kali keduanya. Aku cuma manusia biasa. Seperti semua manusia yang punya cita-cita.Sudah cukup dengan penganiayaan setengah tahun yang aku hadapi ini. Atau aku yang bodoh mahu terusan diperbodohkan? Manusia mudah lupa dengan aturan roda. Ahh! Puasa sudah mahu menjelang. Ku harap agar perbatasan ini bisa dirobohkan. Dinding kepolosan akal bisa ditampal dengan semangat kental anak muda yang liat dan pejal. Aku harapkan agar segala yang aku rencanakan bisa terhasil dengan keizinan-Nya. Memulakan perniagaan sendiri. Jauh memulakan dari dasar yang paling bawah agar dapat bersaing menghirup kembali udara yang terletak nun jauh di atas. Agar ku tidak lupa diri bila di sana nanti. Ibu, ayah bersabarlah lah lagi untuk sekalian kali. Anak mu ini sedang berusaha mencapai bahagia bukan untuk dirinya sahaja, namun untuk kalian. Agar tercapai segala harapan. Agar tertunai segala perjanjian.










"Moga terlaksana segala rencana" 







Tuesday, May 21, 2013

Bulan Lima


Assalamualaikum.. Akhirnya gerak hati senada lagi dengan gerak jari untuk melakar kisah yang berkunjung tak sudah. Sekilas pandangan mata begitu jua pergi nya masa. Ini kisah tentang bulan lima. Ya.. tentang bulan yang banyak memberi makna. Kini sudah bertapak di tahun 2013.Sungguh mengharukan, ada juga rasa kekesalan. Masih ingat akan deru pantai, angin dan sautan suara ombak. Senyum.. senyuman itu masih terparut di ingatan. Sipu malu dan seiringan.Banyak sudah yang dipelajari dari kedaifan dalam mendidik
hati yang keras ini. Kini andainya masih kita bersama, maka genaplah setahun  dalam suka dan duka. Dalam tempoh ini, acap kali aku terduduk bila bergenang dalam mengenangkan yang engkau sudah tiada. Nyaris aku mati dalam perasaan. Nyaris aku tak berharapan. Namun pesan mu yang menjadi peneman bahawa aku tidak keseorangan. Kini aku cuma mampu melihat dan mustahil untuk menggapai. Kini aku sudah bekerja. Baru aku tahu akan erti pengorbanan mu. Dalam usaha menangkis rindu, sanggup kau meredah kepayahan, kepenatan untuk bertemu ku. Betapa bodohnya aku tidak menghargai. Ternyata pengalaman itu mengajar sesuatu. Kini aku masih lagi sendiri.Tak mungkin ada yang seperti kamu. Siapa yang tahu? Suram. Kini sejujurnya tak lagi seperti dulu. Rakan tiada sudah bergelak tawa, dan kamu juga sudah tiada menemani hari-hari lelah ku. Kadang pabila kusutku bertamu, aku terfikir kamu. Dengan cara mu merawat hari-hari ku yang kelam.Jujurnya aku rindukan akan kelembutan itu..Ternyata tekanan telah menjajah aku.Lihat saja pada raut wajah ini. Penuh dengan kukusutan yang tak terlerai. Entah sampai bila..entah... Awak, andai warkah ini masih dikunjungi. Saya ingin awak tahu bahawa bukan mudah untuk saya menipu perasaan. Sejujurnya kekecewaan sering datang mengunjungi hati ini. Ya..saya harus pasrah, saya tahu akan itu. Namun kenangan kita terlalu kuat untuk dirapuhkan. Lagi-lagi pada bulan yang penuh bermakna ini.Mimpi juga acap kali datang menerjah, datang menerajang saya masuk ke jurang kesedihan. 53 hari yang pedih tanpa awak. Bukan niat saya mahu mengungkit kisah lama,cuma sekadar meluah kesedihan yang bersarang dan bertimbun menjadi bebanan.Benar kata orang, kita perlukan sehari untuk mengenali seseorang namun perlukan selamanya untuk melupakan.. Entah berapa lama lagi harus saya jadi begini. Sedangkan awak sudah pun membina mahligai, membina empayar dan bangkit dari kerosakan hati yang telah saya hancurkan. Salam sejahtera buat awak..Izinkan saya melihat. Kerana saya tak bisa menggapai..

Maafkan saya..




"Saya sudah cuba mengikut jejak awak..cuba menerima hati yang lain..Namun saya gagal. Saya
tidak segagah hati awak. Saya gagal menerima kegagalan ini.."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...