Tuesday, May 21, 2013

Bulan Lima


Assalamualaikum.. Akhirnya gerak hati senada lagi dengan gerak jari untuk melakar kisah yang berkunjung tak sudah. Sekilas pandangan mata begitu jua pergi nya masa. Ini kisah tentang bulan lima. Ya.. tentang bulan yang banyak memberi makna. Kini sudah bertapak di tahun 2013.Sungguh mengharukan, ada juga rasa kekesalan. Masih ingat akan deru pantai, angin dan sautan suara ombak. Senyum.. senyuman itu masih terparut di ingatan. Sipu malu dan seiringan.Banyak sudah yang dipelajari dari kedaifan dalam mendidik
hati yang keras ini. Kini andainya masih kita bersama, maka genaplah setahun  dalam suka dan duka. Dalam tempoh ini, acap kali aku terduduk bila bergenang dalam mengenangkan yang engkau sudah tiada. Nyaris aku mati dalam perasaan. Nyaris aku tak berharapan. Namun pesan mu yang menjadi peneman bahawa aku tidak keseorangan. Kini aku cuma mampu melihat dan mustahil untuk menggapai. Kini aku sudah bekerja. Baru aku tahu akan erti pengorbanan mu. Dalam usaha menangkis rindu, sanggup kau meredah kepayahan, kepenatan untuk bertemu ku. Betapa bodohnya aku tidak menghargai. Ternyata pengalaman itu mengajar sesuatu. Kini aku masih lagi sendiri.Tak mungkin ada yang seperti kamu. Siapa yang tahu? Suram. Kini sejujurnya tak lagi seperti dulu. Rakan tiada sudah bergelak tawa, dan kamu juga sudah tiada menemani hari-hari lelah ku. Kadang pabila kusutku bertamu, aku terfikir kamu. Dengan cara mu merawat hari-hari ku yang kelam.Jujurnya aku rindukan akan kelembutan itu..Ternyata tekanan telah menjajah aku.Lihat saja pada raut wajah ini. Penuh dengan kukusutan yang tak terlerai. Entah sampai bila..entah... Awak, andai warkah ini masih dikunjungi. Saya ingin awak tahu bahawa bukan mudah untuk saya menipu perasaan. Sejujurnya kekecewaan sering datang mengunjungi hati ini. Ya..saya harus pasrah, saya tahu akan itu. Namun kenangan kita terlalu kuat untuk dirapuhkan. Lagi-lagi pada bulan yang penuh bermakna ini.Mimpi juga acap kali datang menerjah, datang menerajang saya masuk ke jurang kesedihan. 53 hari yang pedih tanpa awak. Bukan niat saya mahu mengungkit kisah lama,cuma sekadar meluah kesedihan yang bersarang dan bertimbun menjadi bebanan.Benar kata orang, kita perlukan sehari untuk mengenali seseorang namun perlukan selamanya untuk melupakan.. Entah berapa lama lagi harus saya jadi begini. Sedangkan awak sudah pun membina mahligai, membina empayar dan bangkit dari kerosakan hati yang telah saya hancurkan. Salam sejahtera buat awak..Izinkan saya melihat. Kerana saya tak bisa menggapai..

Maafkan saya..




"Saya sudah cuba mengikut jejak awak..cuba menerima hati yang lain..Namun saya gagal. Saya
tidak segagah hati awak. Saya gagal menerima kegagalan ini.."



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...