Tuesday, December 11, 2012

Realiti

Alhamdulillah, syukur kerana adanya lagi nyawa yang bertaut untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sememangnya putaran waktu ligat dan masih lagi jadi sang pencemburu. Kelipan mata pun tidak sepantas derasnya arus masa. Senyum, aku tersenyum kadang bila melihat coretan lama. Majoritinya hanya kelabu, kusam dan bagai dilanda tengkujuh. kadang terfikir jua, mengapa hidupku seakan tiada makna? Walaupun duka, itu jua adalah tanda makna bagi manusia. Ku ikhtiarkan jawapan. Ia nya tentang aku. Ya, aku yang selalu memandang kebelakang dan berharap agar masa-masa dapat tergantikan ke masa ini dan hadapan. Aku yang kini telah banyak kehilangan, bakatku yang kian pudar, hidupku yang kian mencabar. Ya, ini lah sisa siat luka yang terhasil dari parut-parut calar pedih proses dewasa ku. Melihat ke hadapan. Terlalu terang hingga ku tak berdaya menghadang silaunya. Pilihan, sama ada mahu melihat suram yang dibelakang silam ku atau terangnya apa yang harus ku hadapkan. Kini aku sudah dewasa, tiada lagi ruang untuk ku berilusi lagi. meskipun ilusi itu hidupku yang separuh. Aku mahu kekal dengan apa yang ku ada, bersyukur dengan apa yang dilakarkan pada perjalanan hidup ku. kadangkala juga aku akan tersenyum melihat yang dibelakang ku, namun ku hanya cuma mampu tersenyum dan tidak lah dapat lagi ku harapkan ia akan berulang. kerana ku sedar, ia cuma sekali dalam hidup manusia. Kedewasaan ku ini ibarat hidup di dalam rimba, jangan disangka harimau jinak adalah kawan mu, kadangkala ia akan datang membaham mu tatkala engkau leka. Alhamdulillah Ya-Allah dengan limpah akal ku yang engkau kurniakan untuk berfikir. Kini Monoloq ini akan kekal menjadi monoloq, mungkin tidak akan lagi saling melaung akan hiruk pikuk dunia. Moga hari yang mendatang dapat ku iringi dengan kelapangan ibarat mega yang terbentang.
















“Things change. And friends leave. Life doesn't stop for anybody.”
― Stephen Chbosky, The Perks of Being a Wallflower






Wednesday, March 28, 2012

March Misery

Mac ,silih berganti datang dan pergi tanpa sekumit pun perasaan sedar. Permulaan yang agak tidak memberangsangkan pada tahun baru masihi 2012.

Januari - hambar

Febuari - lerai


Namun lumrah tidak dapat ditegah. Ia menjengah cemburu walau di cegah semolek2 hati dengan rasa sabar. Namun ia tetap usai. Mualai goyah lagi tentang kefahaman aku tentang perhubungan. Apa ertinya tanpa kefahaman, apa ertinya tanpa toleransi dan apa ertinya ia tanpa jujur. Tak ku faham lagi, dan mendongak mencari jawapan. Namun rupanya jawapan itu ada di bumi, bukan dilangit. Kadangkala kasih itu memberi lega terhadap dahaga, namun ada kala ia memberi duri dikala melangkah. Aku memahami, bukan mudah untuk menjadikan dia seperti aku, dan aku tetap menjadi aku. Ia tentang dua. Dua yang ku mahu ku menjadikan satu.
Ia tentang 365 hari yang berliku. Sememangnya bukan mudah untuk memahami, apa lagi difahami. Jadi ku biarkan ia pergi demi memahami dan merelakan diri untuk tidak difahami.







Selamat.


Dan berjalanlah.


Saturday, November 26, 2011

Jeritan Dalam Monoloq.

Salam mukadimah muka baru dalam siri tahun ini. Lama tak berkunjung bertanya khabar di halaman blog usang tak berpenghuni. Rindu, rindu pada kenangan dan nostalgia yang terpalit sekian lama yang terlakar dalam naskah digital ini. Ibarat teman karib sahabat berbicara tentang dunia duka dan ada tatkalanya gembira saling berturutan kunjung tak sudah. inilah dunia monoloq, dunia tanpa bunyi. Enak di fahami, kerana ini bahasa hati.Kerana ia terus dari dalam tidak ditapis lidah yang bisa dusta demi keenakkan peribadi.Dalam seharian pastinya ada yang menjengkelkan untuk didengar untuk difikir.Tulislah dengan molek dengan hati, kerana ia lambang peribadi.Sang pemikir yang hidup mekar dalam dunianya sendiri yang realitinya dihadap dengan bisu dari memberi komentar dari bercakap apa yang dirasa, dihadang dari menjerit tentang isi hati dek mata serong manusia.Ahhh berikan aku nikmat dalam menulis, berikan aku ketenangan tanpa kritikan hina dina yang menjatuhkan.Psikologi nya mungkin aku gila, namun kegilaan ini hanya pada hak. Kegilaan pada yang tulus yang ku rasa benar.Seiring rasanya ku ingin melonjak pada cita dan harapan. Namun ku persis pasir yang sekali sekalanya di jenguk ombak,pasang surutnya tidak menentu dan itu lah sepertinya aku.Ku harapkan ada yang seperti ku, tidak perlu kompleks cukuplah cuma seperti aku, memahami aku yang seperti aku sekarang.Tidak perlu merasai apa yang ku deritakan namun dakaplah aku yang sediakala menderita.Luahan yang tidak terlepas dari isi, ya ini adalah derita, derita sang manusia yang bermonoloq. Berdendang hati ibarat alunan rebana tatkala ada waktu-waktunya aku tidak perlu harungi ini sendiri, namun waktu itu lebih cemburu, dibiarkannya ia berlalu.Ada saatnya tika sendirian kita akan mengenali apa itu erti hidup, apa itu erti kemaafan dan apa itu erti tertangis mengenang dosa.Manusia acapkali jemu dengan hakikat. Hakikat adalah luka yang pedih dan parutnya harus diterima.Kosong,hati ini sering kosong. Kadangkala ia nya berbolak balik, arah nan tidak menentu,adakalanya di bawa ke sang Hak,tak lepas juga disesatkan kepada sang bathil.Kenapa ia berbolak balik? Adakah kerana hati ini masih mentah? Apakah kerana seketul daging merah berdarah ini ditakdir begitu? Namun ku sedar,sifat sang hati,ia berbolak balik demi mencari arah.Mengemudi ibarat kompas ke sesuatu demi sesuatu untuk mencari kebenaran,arah yang benar. Nafsu, serakah yang tidak pernah tertarah dek masa.Bagaimana harusnya aku mengjinakkan sang liar ini,bagaimana harusnya aku melembutkan dan membiarkan nya mengalir lembut mengikut denyutan kesabaran.

Besabarlah iman. Besabarlah.


Salam mukadimah
sebelum tirai tertutup.





-Karp's

Thursday, May 26, 2011

Menegak Yang Serong 1

Lewat malam lama sudah berlabuh. Anak mata masih lagi saling nakal tidak mahu patuh lelap.Bola mata kejap sosor ke kanan, kejap-kejap teralih pada kiri dan putar-putar ke atas. Namun setiap yang di tatap kosong. Bingung, anak muda itu masih mengkal ilmunya untuk faham dunia. Lalu di putar senandung lagu. Ahh..terasa yang lunak-lunak suara mengejek fikirannya yang masai itu. Lalu di padam kembali. Sekeping kertas lalu di ambil dengan cahaya samar dia mula melakar susunan indah kata-kata. Ia puisi, berbunyi begini :

Unggas, pekik lolongmu di dinihari menemanku,
bukan alunan suara mu yang membuatkan
jasad ku tidak mahu rebah lena
tapi dasyatnya pekik di kepala ku
yang membuat aku terus jaga

pekat sungguh gelap di kamar ini
namun tidak selikat ketidak pastianku
tentang pencarianku dalam melapah
petunjuk untuk aku mencari arah
pasrah..

jalannya tidak mudah..

tidurlah..sementaralah di alam mimpi
andai itu bisa mencipta syurga sesaat
untuk lari dari syurga sesat.

Lakaran tulis puisinya terhenti. Direnung keluar jendela dalam kesamaran cahaya bulan. Hatinya masih kosong. Dipaksanya kelopak liar matanya untuk dipejam tidur lalu berhasil. Terselamatlah dia dari kebingungan..





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Petang itu berjalanlah dia dengan fikiran yang entah apa. Kepala seakan tidak lagi mahu mendongak ke langit memandang kebiruan.Jejak kakinya tak terdorong kemana-mana, cuma ikut-ikutan hati, yang diturut menggendong tanpa arah. Dia ingin lari dari nafsu yang berpaduka,namun tidak juga mampu menggerakkan iman untuk menepis syahwat.Seaangkatannya telah lama menjauh.Ada yang menurut serong, namun tak kurang juga ada yang sudah meniti yang lurus. Dirasakan dalam hidupnya masih lagi kosong tiada pengisian. Petang yang benderang menurut putaran hidupnya lalu menjemput malam untuk bertamu.Ah..tak terasa akan putarnya waktu. Getus dia sendiri.

Pemikir,sukar untuk dirinya menjadi pemikir yang sejati. Terasa ada saja batas yang seakan tegak mendongak dinding pemisah antara realiti dan fiktif yang menular dan menolak kebenaran dalam omongan mindanya. Lahir sebagai khalifah, memimpin dirinya sendiri ke arah sesuatu. Apakah sesuatu itu? Dia masih mencari. Kadangkala dia sekan befikir, tidak mahu meniti mimpi kerana takot tak tergapai.Namun apa guna hidup tanpa cita? Sedang sang pemuda meneruskan perjalanan, kelihatan di satu sudut jalanan anak kecil sedang bermain sendiri. Anak kecil itu memegang kapal terbang kertas. Di terbangkannya ke sana kesini ibarat kapten mengemudi pesawat...












Tamat episod 1..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...