Tuesday, December 11, 2012

Realiti

Alhamdulillah, syukur kerana adanya lagi nyawa yang bertaut untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sememangnya putaran waktu ligat dan masih lagi jadi sang pencemburu. Kelipan mata pun tidak sepantas derasnya arus masa. Senyum, aku tersenyum kadang bila melihat coretan lama. Majoritinya hanya kelabu, kusam dan bagai dilanda tengkujuh. kadang terfikir jua, mengapa hidupku seakan tiada makna? Walaupun duka, itu jua adalah tanda makna bagi manusia. Ku ikhtiarkan jawapan. Ia nya tentang aku. Ya, aku yang selalu memandang kebelakang dan berharap agar masa-masa dapat tergantikan ke masa ini dan hadapan. Aku yang kini telah banyak kehilangan, bakatku yang kian pudar, hidupku yang kian mencabar. Ya, ini lah sisa siat luka yang terhasil dari parut-parut calar pedih proses dewasa ku. Melihat ke hadapan. Terlalu terang hingga ku tak berdaya menghadang silaunya. Pilihan, sama ada mahu melihat suram yang dibelakang silam ku atau terangnya apa yang harus ku hadapkan. Kini aku sudah dewasa, tiada lagi ruang untuk ku berilusi lagi. meskipun ilusi itu hidupku yang separuh. Aku mahu kekal dengan apa yang ku ada, bersyukur dengan apa yang dilakarkan pada perjalanan hidup ku. kadangkala juga aku akan tersenyum melihat yang dibelakang ku, namun ku hanya cuma mampu tersenyum dan tidak lah dapat lagi ku harapkan ia akan berulang. kerana ku sedar, ia cuma sekali dalam hidup manusia. Kedewasaan ku ini ibarat hidup di dalam rimba, jangan disangka harimau jinak adalah kawan mu, kadangkala ia akan datang membaham mu tatkala engkau leka. Alhamdulillah Ya-Allah dengan limpah akal ku yang engkau kurniakan untuk berfikir. Kini Monoloq ini akan kekal menjadi monoloq, mungkin tidak akan lagi saling melaung akan hiruk pikuk dunia. Moga hari yang mendatang dapat ku iringi dengan kelapangan ibarat mega yang terbentang.
















“Things change. And friends leave. Life doesn't stop for anybody.”
― Stephen Chbosky, The Perks of Being a Wallflower






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...