Thursday, May 26, 2011

Menegak Yang Serong 1

Lewat malam lama sudah berlabuh. Anak mata masih lagi saling nakal tidak mahu patuh lelap.Bola mata kejap sosor ke kanan, kejap-kejap teralih pada kiri dan putar-putar ke atas. Namun setiap yang di tatap kosong. Bingung, anak muda itu masih mengkal ilmunya untuk faham dunia. Lalu di putar senandung lagu. Ahh..terasa yang lunak-lunak suara mengejek fikirannya yang masai itu. Lalu di padam kembali. Sekeping kertas lalu di ambil dengan cahaya samar dia mula melakar susunan indah kata-kata. Ia puisi, berbunyi begini :

Unggas, pekik lolongmu di dinihari menemanku,
bukan alunan suara mu yang membuatkan
jasad ku tidak mahu rebah lena
tapi dasyatnya pekik di kepala ku
yang membuat aku terus jaga

pekat sungguh gelap di kamar ini
namun tidak selikat ketidak pastianku
tentang pencarianku dalam melapah
petunjuk untuk aku mencari arah
pasrah..

jalannya tidak mudah..

tidurlah..sementaralah di alam mimpi
andai itu bisa mencipta syurga sesaat
untuk lari dari syurga sesat.

Lakaran tulis puisinya terhenti. Direnung keluar jendela dalam kesamaran cahaya bulan. Hatinya masih kosong. Dipaksanya kelopak liar matanya untuk dipejam tidur lalu berhasil. Terselamatlah dia dari kebingungan..





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Petang itu berjalanlah dia dengan fikiran yang entah apa. Kepala seakan tidak lagi mahu mendongak ke langit memandang kebiruan.Jejak kakinya tak terdorong kemana-mana, cuma ikut-ikutan hati, yang diturut menggendong tanpa arah. Dia ingin lari dari nafsu yang berpaduka,namun tidak juga mampu menggerakkan iman untuk menepis syahwat.Seaangkatannya telah lama menjauh.Ada yang menurut serong, namun tak kurang juga ada yang sudah meniti yang lurus. Dirasakan dalam hidupnya masih lagi kosong tiada pengisian. Petang yang benderang menurut putaran hidupnya lalu menjemput malam untuk bertamu.Ah..tak terasa akan putarnya waktu. Getus dia sendiri.

Pemikir,sukar untuk dirinya menjadi pemikir yang sejati. Terasa ada saja batas yang seakan tegak mendongak dinding pemisah antara realiti dan fiktif yang menular dan menolak kebenaran dalam omongan mindanya. Lahir sebagai khalifah, memimpin dirinya sendiri ke arah sesuatu. Apakah sesuatu itu? Dia masih mencari. Kadangkala dia sekan befikir, tidak mahu meniti mimpi kerana takot tak tergapai.Namun apa guna hidup tanpa cita? Sedang sang pemuda meneruskan perjalanan, kelihatan di satu sudut jalanan anak kecil sedang bermain sendiri. Anak kecil itu memegang kapal terbang kertas. Di terbangkannya ke sana kesini ibarat kapten mengemudi pesawat...












Tamat episod 1..

1 comment:

Anonymous said...

ko ni jiwa kacau r wak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...