Monday, January 31, 2011

DUIT

Kali ini daku ingin berbicara tentang duit, wang, atau apa sahaja panggilannya. Mukadimahnya daku mulakan dengan persoalan yang begitu mudah, sebesar manakah kuasa duit pada manusia?Pabila diajukan soalan ini, majoritinya akan berkata duit adalah satu kepentingan, satu keperluan. Namun ada sesetengah darinya mempertahankan bahawa duit bukan segalanya. Ya, terang nyata bahawa kertas dan keluli bercetak ini mempunyai hubungan besar dengan kehidupan manusia. Namun sedarkah kita bahawa duit adalah sebahagian dari nafsu? Nafsu makan, nafsu membeli belah, nafsu berbelanja, majoriti terletak padanya. Duit juga adalah ketagihan, lebih berbahaya dari segala jenis ketagihan. Pernah kah kamu mengalami masalah seperti ini apabila ketiadaan atau kekurangan duit?: Resah, rasa kesempitan, tidak cukup dengan segala yang ada, gelisah, kusut dan segala macam masalah dirasakan datang bertalu-talu? Jawapannya adalah ya, kita adalah penagih. Sebagai manusia, kita telah lama didedahkan dengan kebenaran dan kekuasaan duit dari kecil. Ia adalah tradisi turun temurun yang diwarisi dari ajaran yang cuba memesongkan kita dan melemahkan akidah kita. Oh, sekian lama kita telah diabdikan dengan kertas bercetak. Celik mata, dan lihatlah bahana duit, rompak, bunuh, ragut, korupsi, peperangan, penindasan, rasa bongkak, tamak, tidak bersyukur, dan seribu satu macam.Pernahkah anda terfikir bahawa punca duit yang anda perolehi adalah dari hasil yang halal? Adakah anda 100% yakin bahawa segala yang diperolehi adalah dari titik peluh anda? Contohnya disini, anda berkerja sebagai seorang kerani kerajaan dengan pendapatan RM 1200 sebulan. Andai kata dalam sebulan anda mempunyai 27 hari waktu bekerja. Setiap hari anda masuk bekerja pada pukul 9 pagi hingga lima petang. Setiap hari atau seminggu sekali anda datang lewat, atau sambil lewa melayari Facebook ketika waktu bekerja, anda masih tetap mendapat gaji RM 1200 sebulan. Sedia maklum, RM 1200 itu dibayar untuk BEKERJA sahaja. Jadi adil ,berkat dan halal kah duit yang anda perolehi itu dengan ketidak jujuran anda ketika bekerja?? Berfikir tentang matlamat, rupa-rupanya selama ini kita bekerja bersusah payah, mengalir keringat hanya untuk mencari duit, 100% fokus kita pada duit, bukan pada keberkatan! Di mana tuhan di sisi pemikiran anda? Celik sudah mata anda?? Sememangnya isu ini nampak seperti remeh, namun hayatilah.. untuk mendapatkan keberkatan dari Allah itu bukanlah semudah dengan kata-kata. Jadi apabila anda mengkeji pengutip tin, pengutip sampah, pengumpul kotak di jalanan demi mencari sesuap nasi, anda sudah tersilap. Buta mata anda untuk melihat keberkatan dari titik peluh mereka. Namun, duit juga boleh menjadi cabang untuk kita mencari keredhaan. Bersedekah, berzakat, memberi sumbangan kepada yang memerlukan boleh dilakukan dengan duit. Konklusinya, bersederhanalah kita dalam apa jua keadaan. Percayalah, jika kita mengejar dunia, dunia akan semakin jauh meninggalkan kita. Dunia adalah hayalan, kuasa duit adalah hayalan, harta kekayaan adalah hayalan. Renungi kalimat ini, "Pabila anak adam mendapat segunung emas, nescaya mereka mahukan gunung emas yang kedua dan begitulah seterusnya". Kalimat ini menerangkan bahawa manusia selalu tidak akan berasa puas . Renung-renungkanlah, selamat berfikir. Jangan biarkan diri kita menjadi HAMBA tidak bertuan.

:Yang menghulur itu lebih baik dari yang menerima






:Jibrail AS pernah mengingatkan Rasullullah SAW:
"Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki, Tapi ingatlah kamu akan mati. Dan cintalah siapa yang kamu kehendaki, Tapi ingatlah kamu akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang kamu mahukan, Tapi awas, kamu akan dibalas atas segala yang kamu lakukan. Dan ketahuilah, Bahawa kemuliaan orang yang beriman itu terletak pada Qiamulailnya dan kehebatannya bila ia tidak bergantung pada orang lain"
(Hadis Riwayat al-Hakim & Abu Na'im).







:Karp's

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...