Saturday, September 4, 2010

Syawal di Masihi 1996

Hurm? apa yang istimewa sangat dengan tahun ni? Sudah semestinya kenangan beraya pada zaman kanak-kanak. Waktu ni aku baru berumur 6 tahun dan baru mula mengenal dunia seawal pembelajaran di Tadika Kemas. Masih ingat pada masa ni, suasana kampung yang boleh dikatakan old skool dan rare. Dengan tanah merah menurapi jalan, lampu jalan tiada, berbasikal ke pekan, 'budak bujang' melepak di titi, 'Kentong' sbagai isyarat masuk waktu sembahyang (alat yang berupa kayu dan di ketuk2), Budak2 melepak di surau, (sekarang ni memang payah la nak jumpa budak2 kecik lepak surau~) balik ke surau di terangi obor buatan sendiri,(guna lipatan kain buruk+batang sawit+minyak gas 50sen), main meriam PVC di surau dengan orang2 kampung, main sorok2 di kawasan pokok pisang sebesar pemeluk budak,waktu orang sembahyang raya, 'Baraan' rumah ke rumah..(perarakan orang kampung beraya dari rumah ke rumah dengan group yang ramai), dan semestinya duit raya! Sangat indah saat tu walaupun serba kekurangan. masih teringat waktu sehari sebelum raya, ramai berebut-rebut berlari ke hadapan kaca TV saat pengumuman raya di umumkan. "Dan dengan ini di istiharkan tarikh hari raya aidilfitri jatuh pada esok hari" YEAAA!!! esok raya, ESOK raya!!! masih terngiang lagi di telinga jeritan sepupu-sepupu yang ada di rumah 'Embah Wedok & Embah Lanang' (nenek dan atuk dalam bahasa jawa) sepantas kilat stock mercun dan karbait yang tersimpan setelah sekian lama di kumpulkan bagai nak berperang. Maka terjadilah kemeriahan malam tu dengan bunyi-bunyian mercun dan dentuman meriam dari serata kampung sampailah ke subuh. Pada masa tu juga dalam hati dah berkira-kira berapalah agaknya duit raya dapat di kumpul tahun ni, Rm30? Rm50? (waktu tu jumlah ni pun dah sangat banyak). Namun pada tahun 2010 ni setelah 14 tahun berlalu, semuanya berubah.. aku dapat perhatikan yang masyarakat makin pentingkan diri. Tahun lepas, ada sorang kena tangkap sebab main meriam..alahai manusia yang buat report tu, manusia apa kau ni..kalau nak tenteram jiwa raga tak payah balik kampung...duduk je kat KL..beraya dengan mat indon.. Budak2 kecik pun dah tak macam kami dulu..tak pernah jejak ke surau.. biadap isap rokok depan orang2 tua... kalau lah korang hidup kat zaman aku..dah kena pijak dah dengan orang kampung. Ya sejujurnya makin kita berusia, istilah raya tu hanya bermaksud dengan istilah DUIT. Kalau dulu kita berlari2 mengejar duit raya, sekarang kita lah yang pening kepala mencari duit untuk diri sendiri yang di kejar hutang.Kalau dulu dapur memang meriah macam ada kenduri sebab mak,dengan makcik buat kuih sendiri untuk sambutan raya..Tapi sekarang dah macam jadi trend buat 'kuih tunjuk'(Tunjuk dan bayar).Namun apa salahnya sekali sekala tersenyum mengenang keriangan zaman kanak-kanak dulu kan? Wahai budak2 zaman sekarang, sesungguhnya kamu berada dalam kerugian~ kesian kamu sebab terpaksa hidup dalam golongan yang selfish dan hipokrit...



>Kepada orang2 bandar yang tak reti adat kat kampung, tayah la balik rumah mak bapak korang kat sini... orang nak beraya korang buat report polis hantar orang beraya kat jail sebab bising bunyi meriam.. WTF. berambus lah kalian~





>Karp's

2 comments:

zann said...

ape2 la org2 skg ni..
perasaan hasad dengki semakin hari semakin membuak2.dorg hanya mementingkan diri sndri..
apa slhnye org lain nk rse suasana di era awal 90an.aku sokong ko whai karpo.sbb aku pn da lme xrsa suasana kg yg dlunya meriah.

Karp's Asraf said...

tu ah hidup kat zaman 90an memeng best ah~ memang terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...