Monday, August 9, 2010

HATI KERING

Sudah kebiasaan. Lumrah yang bagaikan bayang2 yang digari di kaki. Sentiasa merantai dan mengekori. Seminggu, dua bahkan seminit aku tak pernah persoalkan pabila rasa sayang tu datang. Bagi aku, dunia ni tua. Setua keldai yang menggalas beban. Aku fikir, musim luruh dah berlalu, mungkin aku silap,tersilap meramal bala yang mahu hadir bersama terik matahari yang menglayukan sumur2 di ladang, mengeringkan tanah yang basah. Kosong, terasa sangat kosong. Tapi kekosongan itu bukan yang harus dipersoalkan.. Pengisiannya yang harus dipertikaikan. Seperti yang lepas2 aku pernah berpesan. "Tersenyumlah, kerana kita masih mampu berdiri" namun aku terlepas satu peringatan "Tersenyumlah, kerana kita masih mampu berdiri...kesorangan" Bukankah itu lebih baik dari menyakiti hati sendiri? Hati ini sudah kering. Sudah terbiasa berjalan sendiri dengan sayap yang patah...










"Terima Kasih dan Maaf kepada 'Kamu '".

> Karp's

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...