Saturday, July 31, 2010

Mémoire du passé (Memori masa lalu~)



Mengimbau sekitar tahun 2007, dan 2008, ia bagai separa hari berlaku~ Owh masa sangat pantas, tak terkejar dan sangat cemburu dengan saat2 manis dan pahit. Terkenang zaman persekolah dan hari menjejak masuk ke alam kolej... Saat ini aku sedar, pengalaman yang dilalui ibarat musim luruh~ ia tidak akan gersang memanjang, tiba saat putik2 bunga akan muncul dan mulai mekar mengharum. Dan pusingan roda dunia tidak akan terhenti. Kita sebagai manusia cuma perlu berserah dan belajar menghayati setiap pusingan itu. Kawan, teman,sahabat dan apa jua gelarannya tidak akan selamanya bersama kita, namun kemesraan dan pembawaan mereka akan kekal dalam hati kita. Sememangnya hakikat ini pedih, namun di dalam kepedihan itu ada cerita dan hikmah disebaliknya. Inilah dunia~tiada apa yang abadi. Tersenyumlah, kerana kita masih mampu berdiri :)




~Karp's

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...