Saturday, January 12, 2013

Separuh Hari, Separuh Hati

Sabtu, 12 Januari 2013 Masihi .Suasana suram dan dingin.Malam semalam terasa panjang dengan kehadiran mimpi itu.Entah apa alamatnya, entah apa yang tersirat dalam makna mimpi itu.Bangun tidur masai dan mamai lalu merenung telefon bimbit itu. Kosong.Tiada ucapan "Selamat pagi sayang" atau "Rindu sayang dinda".Ah..perasaan itu datang lagi.Perasaan penyesalan yang menyakitkan.Lalu termenunglah mengungkit kisah-kisah lama.Rasa tertitis air mata, namun dikesat lekas-lekas.Sahabat masih lena lupakan sementara hal dunia.Lalu dipegang dada,sakit.Ia robek.Angin pun bagai bersubahat menambahkan sepi dalam kesejukan.Lampu tidak dinyalakan, dibiar bagi tiada siapa dapat mengesan kesakitan itu.Bangun perlahan-lahan lalu tuala dicapai.Cincin itu tergantung disitu.
"Tengok cincin awak, keciknya,muat kat kelingking saya" "Ada jodoh la tu..huhu"
Kenangan terhenti seketika lalu direnung lagi penanda kasih itu.Sebak tak tertahan,lalu berlinang.Siap-siap mahu mencari sesuap nasi lalu dalam suram itu dicapai sehelai baju.Disarung, padan dan selesa. Huh..baju ini..Padini biru,krim berbelang putih. Baju pemberiannya.Lalu terpaku lagi kaku dihadap cermin.Kalung itu dipakai,takkan tertinggal.Longlai saja melangkah turun,kunci disimpan rapi, dompet disisip ke kocek dengan hati-hati.Sebatang cigar John White dicapai, bertempiaran masuk asap racun ke paru-paru.Entah apa nikmatnya.Mata susup meliar, memerhati kejiranan lalu terpandang Toyota Vios bewarna putih.
"Saya on the way pegi rumah awak,rindu sangat".
Asap mula berhenti berkepul, ku banting puntung lalu deru enjin menghilangkan senyap sunyi di pagi hari.Mendung cuaca di pagi ini.Susur jalan melalui The Mines.Tempat pertemuan.Terkenang lagi akan senyuman, malu-malu berpimpin tangan, bercerita akan perasaan.Di dalam wayang lentok kepala di atas bahu.Ah! aku mahu kembali ke masa itu...Perjalanan diteruskan..dan harus diteruskan. Susur ke kajang, dan kali ini bermain-main lagi ingatan ku. "Abah! Abah" teriak anak kecil itu di atas pangkuan."Awak tenung-tenung muka saya kenapa? Tampar kang..haha" Tersenyum kecil seketika
.
"Awak tak pernah bawak saya naik motor kan"...
Pertemuan itu, sayu.Saat meluahkan perasaan,dapat dirasakan hatinya yang menangis dalam erat tangan nya memeluk aku dalam boncengan pada malam itu. Malam itu, pertama kali jua aku tertangis di hadap seorang gadis.Tidak pernah terasa sebak sebegitu sekali.. Saat yang peling memeritkan apabila terpaksa melepaskan. Bukan setakat melepaskan jasad, namun terpaksa membohongi hati dengan paksaan bahawa segalanya akan baik-baik belaka.

.....................................................................................................................................................................................

Akhirnya sampai jua ke destinasi.
Pejabat ini aku renung, bagai sebuah harapan yang lama terpendam.Aku mahu mencari rezeki, mahu berupaya menjadi seorang lelaki. Sekarang sudah memasuki di pertengahan hari, masih lagi hari yang sama. Sabtu yang hambar. Tiada lagi sabtu di gengaman erat tangannya.Tidak akan ada lagi hilai tawa , senyum atau madah. Jika bisa disimpankan kenangan itu di dalam sebuah lukisan, pasti akan disemadikan dalam lukisan yang terindah.Namun khayalan hiperbola ini hanya cukup sekadar khayalan.Realiti itu lebih menyeksakan.Dan sabtu ini masih berjalan. Senyap, dan sunyi seperti di dingin pagi.Sepanjang  hari dan mungkin selamanya yang harus ditempuh tanpa dia. Suram.


"Ya Allah Ya tuhan ku, andai dia jodohku, peliharalah hubungan ini ke satu tahap yang lebih mulia disisi Mu. Dan andai dia bukan jodoh ku Ya Allah, kau hapuskan lah perasaan ragu ini supaya aku tidak tergolong dalam orang-orang yang melampaui batas dengan mempersoalkan kehendak Mu."














..."Awak,sy xnak mnyakitkan awk ag tok tggu
sy.kiranye awk dpt brtmu yg len,truskn
je.andai kata sdah d ttapkn jodo ngan
awk,pasti kte brsama. tp kalo
sebaliknya,redha saje"...

- 3 January 2013



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...