Tuesday, January 8, 2013

Hilang

2013 masihi. Saling kunjung tahun yang baru. Segalanya serba serbi baru mahupun dengan
azam,peristiwa,perkara mahupun cerita-cerita di permulaan ini. Permulaan yang sukar bagiku.
Bahkan bagai tragedi yang sangat memeritkan yang menjalar di setiap salur
pembuluh darahku kejam dan tanpa perihal aku berada di dalam dilema kisah hidup.
Ini cerita tentang dia. Dia yang aku kasihi. Dengannya aku terasa sempurna. Sempurna
dari perasaan,seiring dengan hati,dia yang sentiasa yang membangunkan aku dalam
kejatuhan.Pabila aku disamping sekujur hati yang tersenyum itu, aku bagai tertelan dalam
ruang masa,indah sayang yang di rasa. Senyumnya,lirikan mata dan petah kata 
membuat aku menjadi seorang insan. Namun semuanya seketika datang dan menghumban pula aku kedalam
jurang kedukaan yang sangat dalam jauh terperusuk di dasar hati. Kadang aku mengelamun,
tidak mahu bangkit dari mimpi indah. Kerana bila mata ku celik menghadap realiti, ia amat memedihkan.
Tiada lagi senyum. Tidak lagi ku tertawa . Dan tiada lagi luhur kasih yang menyelesakan perasaan.
Mana lagi kan kutemui kamu di celah2 kedukaan ini sayang.Jasad mu milik orang
namun perasaan milikku. Tidak kah itu seksa namanya? Sebak aku dalam rindu dan jeritan tanpa suara.
Tiada siap mendengarnya melainkan hanya dikau yang cukup mengerti akan sifat ku.
Memang petah ku mengatakan aku pasrah, namun manusia jahil biasa seperti ku tak mungkin
dapat menghilangkan perit dengan semudah madah. Tak pernah aku tertangis seperti ini di corong
lorong kesunyian. Aku cuma perlukan sebuah kasih, namun itu bagai mustahil dengan pemergian.
Jika kamu mendengar, jika kamu sedang melihat, daku ingin kau tahu. Tidak senang aku melepaskan.
Kini semuanya bukan  milik aku lagi. Mungkin suatu hari nanti kau kan bersama ku lagi. Namun tidak mustahil kau kan menghilang bagai bayang.Daku berharap, pabila ku bangun dari lena yang panjang ini,dikau ada menemani walau hanya dengan senyum.Janganlah ditanya tentang kesetiaanku,kerana budi mu yang ku sanjung tidak akan aku luputkan dalam hati.Ini tentang hati mu, kuatkah pegangan nya bertaut pada kenangan kita. Masihkah kau bisa merasakan hangatnya rindu yang ku tiupkan.Kini hambar nya pabila terpaksa menangisi sekeping  hati yang robek. Ya, dulu memang aku mahu kamu mengisi ruang kosong yang paling sunyi dalam hati ini untuk kau bernaung sebagai isteri, serikandi dalam hidupku. Sehingga kini yang aku mampu hanya berharap,harapan punah  atau pun satu penantian yang pasrah tak kunjung sudah.Tidak mustahil dinda, kamu akan terus melupakan ku kerana bayangan mu pasti tidak akan dihantui oleh kisah resah yang ku dendangkan lagi.. Ada jua kau menyatakan kau masih cinta, namun kamu tidak dapat berbohong sayang, kerna kau akan lebih menyayangi si dia yang telah terikat untuk kamu. Walaupun lidah mu mengatakan itu, namun dari mata mu ku dapat mengetahui lebih dari apa yang kau mengetahui. Sedarlah kini, untuk menyatakan sesuatu bukan mudah sayang. lebih-lebih lagi jika ia menyakitkan.Bukan mudah menjadi diriku, relakah kalian dihambat kesakitan demi sebuah kebahagiaan orang lain? bukan mudah menjadikan realiti sesuatu mimpi itu. Kini aku dapat merasakan kau akan menjauhi diri demi masa depan mu. Kerana kamu tetap akan meragukan ku. Dan aku harus pasrahkan walaupun sebenarnya ia ibarat menikam diriku sendiri. Adat resmi manusia, mudah melupakan, namun tidak padaku.. segalanya tetap memberi kesan. Bukan aku berdendam, tidak pernah sekali pun aku memendam rasa benci,cuma aku rasa hampa kerana tidak mampu menyemai rasa sayang yang semolek-moleknya ini hinggakan mekar nya layu. Kala sendirian kerap aku termenung, meniti hamparan harapan untuk bersama. Air mata tak tertahan lagi di takungannya. Kini aku cuma watak antagonis dalam cerita kita. Watak yang sering dibenci, sedangkan kau tetap menjadi watak utamanya. Harapanku kecewa dalam hilau gembira disampingmu. Kini kau sudah menjauh,dan sedangkan aku tetap berdiri rapuh di dahanan kenangan lama yang kupertahankan. Ku akui, diriku bukan seorang yang kuat jiwanya,kuat perasaannya..oleh itu ku hanya ada kekuatan dalam mempertahan setiap rasa yang kamu hadiahi ini. Dan saat pabila sesalku datang..kau akan merasakan nya jua,namun ia akan jatuh di sudut yang paling dalam hatimu. Kamu ajari aku dengan sesuatu, dan cuma kita yang mengetahuinya.. Cincin ini akan ku abadikan selamanya, tanda pengikat buat kita. Janji ini bukan pada penipuan, janji ini akan ku pegang sedalam rasa rindu yang kau lepaskan. Dan aku akan terus menanti akan satu kemungkinan..















"Musnah semua harapan.
Berdiri rapuh di lantai usia.
Kenangan selamanya kan jadi peneman."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...