Wednesday, January 19, 2011

Terengganu Sokmo!


:Protege Chapter 2. Motel Desa Kuala Terengganu

7hb Januari - 9 januari 2011 bertempat di Serdang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Memandangkan dengan sukacita dimaklumkan duit PTPTN telah dimasukkan ke dalam akaun CIMB Amirul Asraf Bin Aderos, dengan senyum riangnya lalu memikirkan rencana ke Kuala Terengganu dengan senang hati. Seawal jam 1 pagi seramai 10 orang termasuk daku dan band mate Orkeska (Tujuan sebenar kesana kerana ada gig) bertolak ke Bangi untuk mengambil Ahmad Fuzliman yang kelewatan beberapa jam. Jadual perjalanan sebenar dianggarkan pada jam 11pm.

: Ahmad Fuzliman (Tengah) dengan wajah kelewatannya

lalu perjalanan diteruskan pada sekitar jam 1.54 pagi. Menyusur lewat pagi perjalanan, tidak banyak panorama yang dapat terakam kerana kadar kegelapan dan kabus tebal dan tidur2 ayam mengiringi perjalanan daku. Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di Temerloh Pahang untuk menjemput Epul di sana. Akibat kebosanan dan tidak bermaya, daku tanpa sedar hanyut dibuai mimpi. Sesedarnya dari tidur, daku dikejutkan oleh rakan2 yang lain untuk bersarapan di Dungun Terengganu. Pada pukul 9.54 pagi kami tiba di perkarangan banglo yang disediakan oleh Organizer Gig Protege Chapter 2, Ekay. Banglo tersebut betul-betul terletak di kawasan persisiran Pantai Batu Burok.

:Lokasi rumah sebenar setelah di Prank oleh Ekay, dia letak kitorang kat rumah yang salah. Hahaha


:Ini namanya penindasan

: Masing2 dengan wajah keletihan. Ambik selimut dan tidur dengan sepuas hati~

Selesai memilih bilik dan meletakkan barang2, masing2 lena diulit intan bak ibarat tajuk lagu kumpulan Wings. Berbekalkan kamera Canon D40 beserta tele lens 300mm yang di pinjam oleh Farzhan Shah Othman daku dan Epul diikuti dengan Redzuan bergegas ke pesisiran pantai meninggalkan rakan2 yang sedang tidur. Terletak betul2 di tepi banglo tempat kami menetap, pantai tersebut diiringi dengan cuaca redup dan angin yang agak kencang meniup segala kekusutan yang berlabuh di kepala.

:Canon EOS 40D DSLR hasil pinjaman dari Encik Farzhan Shah Othman.

: Self Potrait by Redzuan

:Senda di hadap ombak

: Redzuan (berbaju kelabu ) & Epul (Berbaju hitam) dengan gaya bebas di Pantai Batu Burok~

:Renungan masa depan oleh Epul~


Selepas pulang dari memuaskan nafsu photoshoot, kami pulang untuk memuaskan nafsu tidur pula. Jam 4.17pm masing2 bangun dari lena dan bersiap untuk ke Motel Desa.

:Ready to skankin!

Sementara menunggu giliran, lagu2 hardcore dan metal menjadi halwa telinga. Dum ketak, bdum2 tak, worghhhhhh!!! bunyinya. Selepas rehat bagi menghormati waktu solat pada pukul 8.41pm tibalah giliran Orkeska. Namun satu perkara yang menghampakan pada daku pabila tiba2 kehabisan bateri speedlite. "Damn!" getus dalam hati. Tapi memikirkan teknologi makin maju, dunia dah berubah, konklusinya hanya satu, Adobe Photoshop!

:Ready~

:Steady:

:Parapa pa pa~

Sambutan yang diterima memang memberangsangkan tak sudah seperti siri Gig Protoge 1 2010. Itulah puncanya kami tidak berkira untuk pergi sejauh ini dari metropolitan Kuala Lumpur ke pantai timur. Laungan kunjung tak sudah "we want more!, we want more!" saat krew gig memutuskan untuk menghakhiri persembahan. Lagu terakhir yang didendangkan adalah lagu cover dari ACAB where have all the boots boy gone versi ska dari Orkeska. Pada sebelah malamnya dalam lingkungan pukul 12am , kenalan baru yang dikenali di sana telah bersama-sama memeriahkan malam dengan membuat BBQ di perkarangan halaman banglo.

:Para2 pemerhati dengan kawalan ketat (kawalan curi2 makan juga)

: Makan~ Makan~ weehaa~

Selesai makan,minum terbongkang terbalik dan sekaliannya, kepenatan akhirnya kunjung tiba dan tilam seakan memanggil dengan suara syahdu. Keesokkannya sekitar jam 4.30pm daku bangkit dari tidur. Bermulalah sesi kedua mencari kepuasan untuk bergambar di lokasi yang sama. Cuaca baik, cerah dan berangin. Daku ditemani oleh Najib Zakaria, Ahmad Fuzliman, Apis, Hafiz, dan Amirudin.

:Menuju puncak oleh Najib Zakaria


:Siapa boleh bagitau ni buah apa?

: Aksi sihir beramai-ramai

Selepas penat, sekitar jam 6. 18pm kami pulang dan segera mengemas barang2 untuk berangkat ke Pasar Payang sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sememangnya sudah terbayang keropok lekor untuk dibawa pulang. Sesampainya di sana rasa sedikit hampa kerana banyak kedai yang sudah tutup kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.48pm dan sudah hampir dengan waktu senja. Namun nasib menyebelahi apabila kami sempat mendapatkan keropok lekor dan keropok manis dari sebuah gerai yang hampir mahu tutup.

: Sedia untuk pulang..ish berat hati..

:Pasar Payang. Moh cari kopok gete~

:Apis dengan gaya ala2 Dr Rozmey.

Sebelum berangkat meninggalkan Kuala Terengganu, kami sempat singgah di Taman Tamadun berhampiran dengan Masjid Kristal. Pemandangan di situ cukup cantik dengan sinaran lampu yang terpancar pada Kubah Masjid yang terletak berhampiran jeti. Kami sempat berjumpa & berbual dengan Ekay. Pada pukul 8.3o kami berangkat meninggalkan Kuala Terengganu dengan seribu satu kenangan.

:Pinggir Jeti

:Pemandangan Malam Masjid Kristal

Jam 1.40am kami tiba di Temerloh untuk menghantar Epul pulang. Selepas ini kami akan sukar menemui Epul kerana selepas ini dia akan pulang ke Serawak setelah sekian lama menetao di semenanjung. Namun walau apa pun, kami gembira dapat meluangkan masa bersama2 sebelum dia berangkat pulang ke sana. Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya berhenti di perhentian terakhir pada jam 4.17am di Perhentian Genting Sempah.

:Ini namanya pose Kuantan

: Dan ini namanya lompat Kuantan

:Dari kiri , Amirudin, Redzuan, Hafiz, Najib Zakaria, Apis, Pacha
Ahmad Fuzliman, Amirul Asraf. Tiada dalam gambar : Epul & Mr Reggae.

Kami selamat sampai ke Serdang Sri Kembangan dalam lingkungan pukul 7am. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang kecelakaan menimpa kami di sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Tamatlah sudah percutian di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada Ekay dan yang lain2 kerana sudi menjemput kami buat kali yang kedua. Itulah sahaja catatan diari perjalanan dari daku. Semoga ada lagi ruang untuk daku dan kawan-kawan untuk bersama seperti ini lagi. Insyaallah..






:Karp's

2 comments:

tiketaketaketak said...

arghhhh!!!
aku pnye cter trip x upadate g..
berokbang oh berokbang

teh o ais milo said...

alamak..skali cek2..ade 2 org member aku dak sabak kt band ni da,..ha2!!~~thumb up!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...