Sunday, September 5, 2010

Obsesi pada yang klasik.

Ya sememangnya yang klasik itu merupakan sesuatu yang sangat nostalgik. Istilah klasik tak terhad pada sesuatu jangka masa. Kenangan semalam pun merupakan klasik dalam istilah pemikiran daku. Sesuatu yang lama harus dihargai kerana nilainya jauh lebih baik dari apakah kemungkinan pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, kini banyak kemudahan seperti e-card untuk menghantar ucapan kad raya pada seseorang. Ya dari segi positifnya ia lebih menjimatkan dan kononnya mengikut peredaran zaman. Namun pernahkah terlintas lalu sejenak difikiran kita, kemana perginya e-card2 ini setelah tamat musim perayaan? Sudah semestinya tiada lagi bukan? Dan ucapan-ucapan yang tulus ikhlas itu lenyap begitu sahaja. Jadi daku lebih menyokong penggunaan kad raya. Mungkin ia nampak seperti kuno, namun ia memiliki nilai sentimental yang sangat beharga. Bayangkan, jika dijaga rapi ia boleh dijadikan tatapan bertahun2 lamanya. Mungkin untuk tatapan anak cucu kita? Siapa tahu? Tidak mustahil ikatan silaturrahim akan berkekalan dengan kaedah ini. Teringat zaman kanak2, kad-kad raya sering menjadi perhiasan terlekat pada dinding2 rumah setiap kali berkunjung. Daku bukanlah seseorang yang menolak modenisasi namun, daku adalah seorang pejuang yang mempertahankan perkara2 yang nostalgik dari terus di makan arus kemodenan yang di jerit laung oleh sesetengah pihak yang tak pandai menilai harga sesebuah tradisi. Apa-apa pun selamat bakal menyambut hari raya aidilfitri kepada semua :) Harap2 tradisi bermaafan tak dimamah usia.


:Oh kad raya, bila kau nak kunjung tiba lagi ke rumah ku~






~Karp's
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...