Wednesday, December 26, 2012

Jagalah Dia Tuhanku.

Maafkan bila kadang hasrat ku keliru, maafkan aku andai hasrat kita keliru. Kadangnya hidup ini merantai kita dengan bukan atas dasar kemahuan kita. Kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan namun pilihan itu merupakan suatu yang menyulitkan hati kita untuk bersatu. Bila aku memejamkan mata ku berharap semua mimpi yang rapuh ini akan kembali pada asalnya saat berdua harung duka dan mahupun gembira. Ya, dunia ini pentas, dunia ini mimpi, kita tidak tahu bila akan dapat bangkit dari tangisan, bila dapat lari dari kesudahan yang pahit. Aku bersyukur tersesat ke dalam hati kamu, kerana kau ajari aku apa itu erti sayang yang sebenar, dan kau ajari aku tentang hati. Kau membawa aku ke sebuah rasa dan erti yang selama ini aku tercari-cari. Sementara aku ingin mengembara bersama kamu, saat itu jua masa seakan melibas dan meragut kepercayaan kita. Aku tidak pasti kiranya perasaan ini akan datang lagi membawa suria ataupun akan hadir membawa mendung di kehidupanku selapas ini tanpa kamu. Masihkah akan ku dapat mendakap tangan yang menghargaiku? Masihkah akan dapat ku merasa sebuah kasih yang menginginkan aku hadir dalam jemputan kebahagiaan dengannya.. Susut sudah sebuah kepastian, takdir itu perlu.. untuk mengajar kita membuat satu keputusan. Mengajar kita supaya menyiram ketandusan hati dengan cara yang semolek-moleknya. Masa tidak akan sesekali menghianati kita andai kita menghargainya. Namun saat ini apa yang mampu ku hadapkan adalah pasrah walaupun pasrah itu masih dengan bayang mu. Kini aku harus berhenti berlari dari mengejar bayangan kamu walaupun aku tahu bayangan kamu tidak pernah luput dalam jejak ku. Maafkan aku.

























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...