Sedar tak sedar 2010 sudah melabuhkan tirainya. Sayu rasanya hati meninggalkan tahun yang banyak membawa erti yang manis mahupun pahit ini. Di tahun ini aku belajar untuk menjadi utuh,di tahun ini juga aku pernah menjadi rapuh. Di musim ini aku tertawa, di musim ini juga aku tertangis.Di sini aku mula berkenalan, dan disini jua aku kehilangan teman.Namun dalam apa jua rentetan yang dialami, memori takan pernah pudar untuk apa jua situasi yang dialami.Sememangnya ia seringkali terasa singkat apabila meniti setiap tahun-tahun yang berlalu.Namun begitulah lumrah..yang mekar takan selamanya segar, musim datang silih berganti.Namun dikedewesaan ini kita harus akur dengan mengerti bahawa setiap yang kita tempuhi pada masa kini adalah proses dalam mencari jawapan untuk apa kita terus ada untuk pada masa kini dan akan datang.Jadikan pahit sebagai kekuatan,jadikan manis sebagai kenangan. 2010 ku jadikan sisipan dalam meniti perjalanan kehadapan. Semoga 2011 akan lebih membawa erti untuk aku lebih mengenali diri sendiri. Semoga aku tidak terpesong dari landasan kebenaran yang tertulis untukku.Semoga aku tidak lagi takut dengan perubahan dan semoga aku tidak lagi takut akan kehilangan..Selamat berlabuh 2010...
: Yang semalam adalah sejarah
hari ini adalah kenyataan
tapi hari esok adalah sesuatu yang belum pasti..
tempuhilah ia dengan tabah meskipun pahit.
>Karp's
No comments:
Post a Comment